Diterbitkan pada 16 Disember 2025
 

Share         

Seorang bapa bersama tiga anak perempuan bergambar di hadapan kandang burung unta di zoo mini dengan suasana hijau semula jadi - Lexis Hibiscus Port Dickson

Port Dickson sememangnya sinonim dengan destinasi percutian yang santai, tambahan lagi di sebalik ombak yang tenang dan deretan resort mewah, tersembunyi pelbagai tempat menarik yang menjanjikan pengalaman unik untuk setiap jenis pelancong. Sama anda bercuti bersama keluarga, pasangan, mahupun secara solo, ada sesuatu untuk dinikmati oleh semua. 

Dalam artikel ini, kami merangkumkan aktiviti-aktiviti dan lokasi-lokasi menarik yang boleh anda terokai, dari yang santai di tepi pantai sehinggalah pengalaman penuh cabaran di tengah alam semula jadi. Ini bukan sekadar percutian, ini peluang untuk anda berseronok di Port Dickson dengan cara yang paling mengujakan.

 

Kenali Tarikan Asli Port Dickson


Aktiviti air menyeronokkan menaiki banana boat bersama rakan-rakan di tepi pantai - Lexis Hibiscus Port Dickson   Seorang lelaki berjalan di tepi pantai menikmati pemandangan matahari terbenam indah di laut - Lexis Hibiscus Port Dickson

Salah satu kelebihan Port Dickson adalah pantainya yang pelbagai dan mudah diakses. Pantai Teluk Kemang misalnya, sering menjadi tumpuan pelancong yang ingin menikmati suasana meriah dan bertenaga. Di sini, anda boleh menyertai pelbagai aktiviti di pantai Port Dickson seperti menunggang banana boat, menaiki jet ski atau sekadar berjalan kaki menyusuri garis pantai sambil menikmati angin laut. 

Beberapa ahli keluarga menikmati percutian di tepi pantai sambil bergambar - Lexis Hibiscus Port Dickson   Seorang wanita duduk menghadap laut menikmati pemandangan matahari terbenam indah di tepi pantai - Lexis Hibiscus Port Dickson

Dan juga, bagi mereka yang mencari ketenangan, Pantai Cahaya Negeri menawarkan sesuatu yang lebih damai. Kawasan ini dikelilingi kehijauan dan mempunyai laluan ponton yang sesuai untuk berjalan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Tidak jauh dari situ, Pantai Saujana dan Pantai Purnama pula memberikan pengalaman yang lebih peribadi–sesuai untuk mereka yang ingin lepas seketika dari hiruk-pikuk dunia luar.

 

Aktiviti Alam & Pengalaman Berbeza


Aktiviti jungle trekking di dalam hutan hujan tropika - Lexis Hibiscus Port Dickson

Port Dickson bukan sekadar tentang laut. Untuk pengunjung yang gemar cabaran dan aktiviti luar, Segar Eco Park adalah lokasi menarik yang menawarkan aktiviti seperti flying fox, abseiling dan drift cart. Sementara itu, pencinta alam boleh meneroka Sungai Menyala Forest Park – sebuah hutan paya bakau yang terpelihara, lengkap dengan laluan kayu dan denai alam untuk aktiviti riadah.

Suasana pengunjung menikmati aktiviti cabaran luar seperti jambatan tali dan tayar gantung - Lexis Hibiscus Port Dickson   Rumah Api Cape Rachado di Port Dickson terletak di atas bukit menghadap Selat Melaka - Lexis Hibiscus Port Dickson

Jika anda lebih tertarik dengan aktiviti yang tenang dan memberi inspirasi, kunjungi Cape Rachado yang pasti akan mengukir kenangan. Rumah api di atas bukit ini bukan sahaja menjadi lokasi ideal untuk melihat panorama Laut Selat Melaka, malah sering menjadi tempat persinggahan burung migrasi. Untuk pengalaman yang benar-benar menyatu dengan alam, tempat ini wajib ada dalam senarai anda.

 

Warisan & Cerita Lama yang Masih Bernyawa


Tapak bersejarah di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas dengan batu dan struktur lama - Lexis Hibiscus Port Dickson   Seorang pengunjung berdiri di hadapan Wan Loong Chinese Temple Port Dickson - Lexis Hibiscus Port Dickson

Port Dickson juga menyimpan sejarah yang panjang, dan tempat-tempat seperti Kota Lukut serta Kompleks Bersejarah Pengkalan Kempas membawa kita kembali ke era yang hampir terlupa. Tempat bersejarah di Port Dickson ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada percutian anda, tetapi juga memberi perspektif baru tentang daerah ini yang pernah menjadi pusat perdagangan penting satu ketika dahulu. 

Bagi pengunjung yang berminat dengan seni dan budaya, lawatan ke Kuil Sri Anjaneyar serta Kuil Wan Loong boleh menjadi satu pengalaman berbeza. Kedua-dua kuil ini mencerminkan kepelbagaian budaya di Port Dickson, dan sering menjadi lokasi pengunjung untuk mencari ketenangan rohani.

 

Hiburan Keluarga & Anak-Anak


Sebuah keluarga bergambar bersama burung unta di PD Ostrich Show Farm - Lexis Hibiscus Port Dickson   Kanak-kanak bergambar di bilik terbalik dengan tiang dan kerusi merah di ALIVE 3D ART Gallery - Lexis Hibiscus Port Dickson

Bercuti bersama anak-anak? Jangan risau, Port Dickson ada banyak pilihan untuk seisi keluarga. PD Ostrich Show Farm misalnya membolehkan anak-anak berinteraksi dengan pelbagai haiwan dalam suasana ladang terbuka. Alive 3D Art Gallery dan Wild West Cowboy Theme Park pula menawarkan aktiviti indoor yang menyeronokkan dan interaktif.

Kapal Port Dickson Dragon Sunset Cruise berlayar di laut dengan pemandangan indah senja - Lexis Hibiscus Port Dickson

Jika anda ingin mengakhiri hari dengan sesuatu yang santai, cuba pengalaman pelayaran di Port Dickson Dragon Sunset Cruise. Diiringi muzik, makan malam dan suasana senja yang menenangkan, ini adalah cara terbaik untuk menutup hari dengan kenangan indah.

 

Kesimpulan


Wanita bersantai di villa kolam renang peribadi menghadap laut dengan pemandangan matahari terbenam - Lexis Hibiscus Port Dickson

Tidak kira berapa kali anda telah berkunjung, Port Dickson sentiasa ada sesuatu yang baru untuk ditawarkan. Daripada aktiviti di pantai Port Dickson yang menyeronokkan, keindahan alam semula jadi yang memukau, hinggalah ke tempat bersejarah di Port Dickson yang menyimpan 1001 kisah, semua ini membuktikan bahawa daerah ini bukan sekadar tempat persinggahan singkat. 

Jika anda sedang merancang percutian yang memberi makna, sambil mencari ruang untuk bersantai dan berehat, inilah masanya untuk kembali ke Port Dickson. Susun jadual anda, kemas beg, dan bersedia untuk menikmati pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menyegarkan jiwa. 

Dengan pelbagai tempat menarik yang tersedia di Port Dickson, pastikan percutian anda kali ini menjadi memori yang kekal terpahat. Dan kalau boleh, biarlah Lexis Hibiscus menjadi sebahagian daripada kenangan itu.

Tempat Menarik di Port Dickson: Panduan Penuh untuk Berseronok
Lexis hibiscus port dickson blog profile icon

Lexis Hibiscus Port Dickson

Nestled on Pasir Panjang beach in Port Dickson, Malaysia, Lexis Hibiscus Port Dickson is an architectural marvel that transforms the coastline into a canvas of elegance, offering an astonishing 639 pool villas, that bloom in the shape of a majestic Hibiscus flower, making it the world’s sole oceanfront resort of its kind. Holding two Guinness World Records, it boasts 643 pools and 522 overwater villas, and offers private pools and personal steam rooms, in each villa for ultimate relaxation.