Chup!!! Jom Cuti-Cuti Lexis

Chup!!! Jom Cuti- Cuti Lexis

Mulai kini sehingga 15 Disember 2021, penjawat awam berpeluang untuk menginap di bilik-bilik terpilih di Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Penang pada harga bersih serendah RM240.

Penjawat awam yang berminat harus menempah bilik-bilik yang diingini sebelum 15 Disember 2021, melalui semua laman web rasmi Lexis Hotel dan Resorts, termasuk - Lexis Port DicksonGrand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson atau Lexis Suites Penang, untuk sebarang tarikh daftar masuk mulai hari ini sehingga 15 Disember 2021 dengan menggunakan kod promosi: LEXISGOV

Pakej promosi ini ditawarkan dengan kredit F&B percuma bernilai bersih RM100 dan adalah tertakhluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Butiran - Butiran Pakej:

  • Harga pakej adalah untuk bilik sahaja.
  • Percuma kredit F&B bernilai RM100 untuk setiap penginapan satu malam (Hanya boleh digunakan di mana-mana outlet F&B di hotel sahaja, tidak sah untuk produk tembakau dan minuman keras).
  • Kredit F&B hanya sah sepanjang tempoh penginapan tersebut dan untuk makan dan minum di dalam restoran sahaja.
  • Tempahan bilik perlu dibuat melalui laman web rasmi dengan menggunakan Kod Promosi: LEXISGOV
  • Pembatalan tempahan & penukaran tarikh tempahan adalah tidak dibenarkan.
     

Terma dan Syarat:

  • Tawaran sah dari 15 Disember 2020 hingga 15 Disember 2021.
  • ID staf kakitangan kerajaan yang sah perlu ditunjukkan semasa mendaftar masuk, jika tidak harga bilik akan dicaj mengikut kadar asal.
  • Kredit F&B yang tidak digunakan tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar kepada tunai atau dikembalikan.
  • Terhad kepada dua (2) bilik setiap tempahan.
  • Caj tambahan sebanyak RM150 untuk satu bilik dan satu malam dikenakan pada tarikh 1 Disember hingga 15 Disember 2021.